Berjuang Sampai Mati I Family

..tiada noktah dalam perjuangan,mati adalah suatu kepastian...


KRONOLOGI PEMBEDAHAN MATA ADIK KHAULAH MOHD RAZI


22 OKTOBER 2007 [10 RAMADHAN 1428 H]

Malam selepas berbuka puasa mata kiri adik Khaulah didapati berwarna kelabu.Selepas solat Terawih kami bergegas ke klinik kanak-kanak yang berhampiran dan Dr mengesahkan adi Khaulah megidap penyakit mata tertentu lalu mencadangkan agar kami membuat pemeriksaan di sebuah klinik mata berhampiran,iaitu Klinik Mata An-Nur.

23 OKTOBER 2007 [11 RAMADHAN 1428 H]

Pada sebelah siang kami telah mengunjungi klinik tersebut namun diarahkan agar datang pada sebelah malam. Setelah membuat pemeriksaan adik Khaulah disahkan mengidap Gaukoma.Kami diarahkan pula untuk datang sekali lagi.

3 OKTOBER 2007 [21 RAMADHAN 1428 H]

Setelah beberapa temujanji akhirnya pada hari ini Dr Ahmad Imarah mencadangkan agar Adik Khaulah dibedah seberapa segera yang mungkin, lalu mengeluarkan borang khas untuk tempahan tarikh pembedahan.Kami diminta berbincang dengan pihak klinik di tingkat atas.Tidak banyak maklumat yang diperolehi Cuma yang pasti kami diminta membayar sejumlah LE 2000 lebih untuk pembedahan sebelah mata!

13 OKTOBER 2007 [1 SYAWWAL 1428 H]

Selepas solat Aidilfitri di Masjid Musa, PMRAM telah mengumumkan kutipan derma kilat untuk Adik Khaulah.

14 OKTOBER 2007 [2 SYAWWAL 1227 H]

Dr Ilham, seorang pelajar perubatan menawarkan khidmat untuk membantu kami mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Cairo dalam satu pertemuan di rumah terbuka seorang kawan.

15 OKTOBER 2007 [3 SYAWWAL 1428 H]

Seawal 8 pagi kami bergegas ke Hospital Mata Cairo ditemani oleh DR Ilham,sayangnya klinik utama masih tutup kerana cuti raya.Hanya ada seorang Dr yang bertugas dan telah mengarahkan kami agar merujuk kes ke bahagian kanak-kanak.

16 OKTOBER 2007 [4 SYAWWAL 1428 H]

Alhamdulillah kami berjaya membuat pemeriksaan lebih terperinci hari ini.Dua orang Dr yang merawat Adik Khaulah dan kak Hajar sekaligus, Dr Nirmin dan Dr Huda.Mereka mengesahkan Glaukoma adik Khaulah perlukan pembedahan segera.Kakak Hajar pula membuat pemeriksaan untuk persediaan memakai cermin mata.Bukan setakat itu sahaja malah kak Hajar juga mengalami satu lagi masalah lain iaitu bulu mata di bahagian bawah terlalu dekat dengan bola mata dan kemungkinan besar perlu kepada pembedahan juga.Kami diminta hadir pada minggu depan.

23 OKTOBER 2007 [11 SYAWWAL 1428 H]

Datang semula untuk pegesahan pembedahan.Ummu Khaulah diminta menandatangani 2 borang untuk pembedahan.Pembedahan untuk Khaulah akan dibuat esok di dewan bedah tingkat 4 dan wad di tingkat lima.

24 OKTOBER 2007 [12 SYAWWAL 1428 H]

Bersiap untuk pembedahan seawal jam 8.00 pagi.Ust .Rafzan dan isteri turut menemani ke hospital.Urusan untuk pembedahan bermula setelah pembayaran deposit dibuat tidak kurang dari LE 1,000 .Jam 12.00 adik Khaulah dibawa masuk ke Dewan Bedah setelah dikenakan pakaian berwarna hijau.Jam 2.00 petang adik Khaulah dibenarkan keluar dari dewan bedah dan terus tinggal di wad no.6 tingkat 5.

Kak Hajar turut tinggal di wad hari ini untuk persediaan pembedahan esok.

25 OKTOBER 2007 [13 SYAWWAL 1428 H]

Pembedahan kakak Hajar ditunda, setelah letih menunggu seharian.Jam 3.00 petang Dr bedah utama menyatakan perlu kepada pemeriksaan semula. Kak Hajar diminta datang semula hari Isnin.

Khaulah hanya menerima senarai ubat pada petang ini.Seharian menanti di wad tiada seorang Dr pun yang datang.Jururawat sekadar menyukat suhu.

Setelah berbincang kami diminta oleh Dr yang merawat Khaulah dan Hajar kami dibenarkan pulang hari ini.

Pukul 4.45 petang 2 orang Exco PMRAM datang melawat dan turut meyampaikan sumbangan kewangan.

Pukul 6.00 petang ,Ustaz Sabri dan Syafizi turut datang melawat dan mngambil gambar Adik Khaulah serta sedikit keterangan dari kami untuk urusan pungutan derma.

1 Responses to “”

  1. # Blogger info KPT online

    Sumbangan kewangan meringankan beban

    Kaherah (Mesir) 25 Oktober 2007 : Berbekalkan ketabahan dan kesabaran, sebuah keluarga yang sederhana redha menerima ujian penyakit glaucoma (penyakit mata) ke atas dua anak mereka.

    Khaulah, anak bongsu Ustaz Mohd Razi bin Musa , berasal dari Kampung Mak Chili Kemaman, Terengganu telah menjalani pembedahan glaucoma (bahagian mata ) di Hospital Kanak-Kanak, Universiti Kaherah Mesir pada hari Rabu ( 23/10/2007) yang lepas.

    Beliau adalah pelajar peringkat Masters di Jamiah al Amerikiah al Maftuhah ( American Open University ) Kaherah dan sedang menyiapkan penulisan tesis Sarjanannya. Beliau mempunyai tiga orang anak, Hajar anak sulungnya juga sudah menjalani rawatan ini di Malaysia sebelum ini.

    Selepas rawatan pembedahan Khaulah, doktor disini menahan di wad Hajar untuk pemeriksaan selepas pembedahan Khaulah. Doktor disini mengesahkan Hajar juga perlu dirawat secara pembedahan kerana keadaannya yang juga kritikal seperti adiknya.

    Menurut Ustaz Razi, beliau sudah membayar kos permulaan bagi pembedahan ini untuk dua anaknya lebih daripada RM 2000.00 dan menjangkakan kos ini akan bertambah. KOs ini tidak mencangkupi jumlah kesemuanya , bahkan ini hanya untuk sebelah mata sahaja. Bermakna kos yang terpaksa ditanggung menjangkau RM 10 000.00 untuk melengkapkan 4 kali pembedahan.

    Beliau sekeluarga amat menghargai bantuan dan sumbangan ikhlas daripada orang ramai bagi meringankan sedikit pembelanjaan perubatan anak-anaknya.

    Ringankan tangan dan hulurkan bantuan anda. Menderma dan bantulah beliau sekeluarga melalui akaunya sendiri di Akaun (HSBC) 032 036 832 011. Untuk maklumat lanjut, hubungi beliau di talian (+2)010-6592769.

    *Laporan disediakan oleh Ustaz Muhamad Sabri bin Yamin dan Ustaz Shafizi Ismail yang melawat beliau di hospital pada hari Khamis 25.10.2007  

Post a Comment


Web This Blog

Shout Box


Nasyidfm.net

Other

    Nak letak blok lain sini


XML

Powered by Blogger



© 2007 Berjuang Sampai Mati I Family | Blogger Templates by Abu Handzolah.
Artikel yang ditulis adalah satu pandangan peribadi sahaja, tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak atau dipaksa. written by Mohd Razi Musa.